Isnin, 31 Ogos 2009

rindunya nak menulis di sini... beberapa hari yg lalu terlalu banyak yg perlu di lakukan, banyak berjalan, aktiviti bersama keluarga..langsung tak punya masa untuk melawat laman kesayangan ini..apapun aku bersyukur masih punya masa untuk bersama mereka, melihat senyuman mendengar tawa senda, bertukar-tukar cerita,memasak bersama, berbuka puasa dan bersahur ramai-ramai....detik-detik yg terlalu sayang untuk di lepaskan begitu saja.

Khamis, 27 Ogos 2009

entah apa ayat terbaik untuk melahirkan perasaan saat ini..nak kata rindu tak juga..cuma sedikit tertanya-tanya bila dia tidak hadir 5 hari terakhir ini. nak kata dia busy sangat..rasanya tiap hari rutin dia memang begitu, hehehe..tak apa kita tunggu dah lihat..sejauh mana dia lupakan aku :)

Rabu, 26 Ogos 2009

bintang


malam ini bulan sabit cantik sekali..di sekelilingnya bagaikan ada pelangi..dengan taburan bintang-bintang bagaikan kerongsang menghiasi dada langit, terpegun seketika..angin pun lembut bertiup.tiba-tiba aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu..masa tu aku selalu minta kakak ambil kan bintang untuk sangkut di tingkap..supaya aku boleh selalu melihatnya tanpa perlu mendongak ke langit setiap malam...but u all pernah tengok kah 3 butir bintang yang berada di garisan yg sama? lurus sebaris? itu aku namakan bintang i love u...hehehe sebab ada 3 kan..tapi bila besar baru aku tau rupanya bintang 3 sebaris tu sebenarnya menunjukkan arah kiblat... ya allah... ajaibnya aku rasa masa tu... besarnya kuasa allah menciptakan segala sesuatu dengan fungsinya yg tersendiri..

abadinya rasa kasih

hari ke 5 umat islam berpuasa...dalam syukur terbit rasa sayu, melewati saat-saat ini dengan pelbagai peristiwa yang barlaku. lebih-lebih lagi bila kehilangan seseorang yg begitu bererti dalam hidup. air mata saja tak akan mampu membasuh kerinduan yang menyesakkan sanubari..

terkenang arwab abah yg pergi menyahut panggilan ilahi 5 tahun lepas...namum rasanya baru semalam ia berlaku..juga perginya sepupu kesayangan pada 17 ogos 2009 benar-benar ujian yang hampir-hampir melumpuhkan seluruh keriangan. sesungguhnya tiada yg kekal di dunia ini..namum berjalan di atas bilah-bilah kenangan merupakan sembilu yg menghiris hati. tak mampu untuk dizahirkan rasa sayu dan rindu yg acap kali membadai sekeping hati...semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang yg bertakwa..amin

Selasa, 25 Ogos 2009

cinta pertama di sini


hari pertama menulis di sini...rasa mcm mimpi..
akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri menjadi kenyataan..thanks to cute amoi yg share about blog with me.

Hari Pertama

Hari pertama berkenalan dengan blog.