Selasa, 22 September 2009
Ahad, 20 September 2009
Mentari terbit bersama seribu barakah syawal yg menjelma, alhamdulilah sekali lagi berpeluang meraihkan lebaran bersama ibu tersayang walaupun jauh di sudut hati wajah arwah abah tak pernah pudar..bagai selalu bersama ibu mengunjungi pusara abah. bunga-bunga ditabur diiringi doa semoga arwah abah sejahtera di sana..ya tuhan rindu nya kat abah..
handphone tak hanti berbunyi menerima kiriman msg dari semua teman-teman juga sanak saudara. kerana terlalu sibuk tak sedar begitu byk msg dan miss call tertera kat hp. 11 pagi barulah ada kesempatan untuk membalas semua msg yg di terima. and selepas itu rumah ni meriah menerima kehadiran tetamu dan sanak saudara. walaupun letih tp rasa seronok sangat. bersama kak ngah kami berkunjung ke umah along. selepas tu ke umah kak eton and sapiah. hujan turun dengan lebatnya dalam perjalanan pulang kat umah. sampai umah je terus mandi.
erm nak tido lah, esok nak bangun awl lagi..
handphone tak hanti berbunyi menerima kiriman msg dari semua teman-teman juga sanak saudara. kerana terlalu sibuk tak sedar begitu byk msg dan miss call tertera kat hp. 11 pagi barulah ada kesempatan untuk membalas semua msg yg di terima. and selepas itu rumah ni meriah menerima kehadiran tetamu dan sanak saudara. walaupun letih tp rasa seronok sangat. bersama kak ngah kami berkunjung ke umah along. selepas tu ke umah kak eton and sapiah. hujan turun dengan lebatnya dalam perjalanan pulang kat umah. sampai umah je terus mandi.
erm nak tido lah, esok nak bangun awl lagi..
Sabtu, 19 September 2009
Takbir raya bergema lagi...seketika nafas bagai terhenti..tiba-tiba pipi di basihi linangan air mata. sebaknya mendengar tiap lafaz takbir raya..bagai selalu since arwah abah tak ada aku jadi fobia mendengar nya..masih jelas saat-saat pemergian abah tepat pada hari raya yg ke 10. kadang-kadang kita tak pernah menyangka kita akan kehilangan insan-insan yg bermakna dalam hidup sekelip mata...apapun aku bersyukur actually.. allah pinjamkan dia menjadi pelangkap hidup ini walaupun seketika cuma.
Jumaat, 18 September 2009
Hari ke 2 terakhir ramadhan ini di lalui dengan pelbagi perasaan...dalam kesyukuran terselit rasa sayu, entah dapat kah bertemu ramadhan akan datang..sedangkan masih terlalu banyak kekurangan yg perlu di perbaiki, lebih-lebih lagi saat jejak kan kaki ke pusara abah, air mata mengalir bagai selalu. pelbagai kenangan menerpa di ingatan, bagai terlihat sinar mata abah yg teduh merenung ke arah ku saat suapan menyapa bibir tuanya..mungkin juga kerana abah lebih rapat pada ku hinggakan saat dia terlantar sakit, abah hanya mahu makan bila aku yg suapkan dia. paling tak boleh lupa ramadhan tahun itu aku potong rambut arwah yg agak panjang kat beranda, girangnya arwah abah saat itu melihat bayangan wajahnya di cermin yg aku hulurkan..pujian bertalu-talu abah berikan membuatkan aku rasa bahagia. tak sangka kan itulah pertama dan terakhir kali nya aku berpeluang mengunting rambut abah. tak puas rasanya bermanja ngn arwah abah..rindunya bersalaman dgn abah, masih terasa hangatnya kucupan abah di dahi ku,
Isnin, 14 September 2009
Isnin, 7 September 2009
sahabat kah namanya bila
hanya pada detik-detik tertentu
ia hampir pada kita?
sahabatkah namanya itu
bila kita hanya menemui keikhlasan nya
isnin hingga jumaat masa bekerja...
sabahatkan namanya itu
bila dia tidak pernah ambil tahu
perasaan juga hati sahabatnya
yang terluka kerana tutur kata juga peri lakunya?
sahabatkah nama nya itu
bila ia hanyalah sebuah perkataan
yg tidak pernah membawa maksud yg sama...
hanya pada detik-detik tertentu
ia hampir pada kita?
sahabatkah namanya itu
bila kita hanya menemui keikhlasan nya
isnin hingga jumaat masa bekerja...
sabahatkan namanya itu
bila dia tidak pernah ambil tahu
perasaan juga hati sahabatnya
yang terluka kerana tutur kata juga peri lakunya?
sahabatkah nama nya itu
bila ia hanyalah sebuah perkataan
yg tidak pernah membawa maksud yg sama...
Kenapa ah kita selalu tidak menghargai sesuatu yg menjadi milik kita selagi kita belum kehilangan nya? bila sudah berlalu baru kita sedar betapa berertinya ia dalam hidup kita.mungkin kerana kita tidak pernah mahu belajar untuk bersyukur...tidak pernah mahu menghargai paling tidak menerima seadanya segala sesuatu yg kita punyai. kita seharusnya tidak mencari seseorang atau sesuatu yg sempurna dalam hidup.. cukuplah sekadar memiliki sesuatu atau seseorang yg membuatkan hidup kita sempurna..
Rabu, 2 September 2009

mengapa ada sendu yang menyapa
sekeping hati milik ku
walau tawa meniti senda
adakah kerana bayu tidak
pernah membawa selanjur berita
tentang dia yang abadi di hati ???
tuhan...
kenapa perasaan ini tidak mampu di bendung?
walau sudah puas di pujuk hati
di benam segala impian
namun perasaan ini semakin subur
menjadi bentara yang tak mampu di teroka rahsia nya...
tak pernah mahu memilikinya...
walau hanya dalam mimpi.
cukuplah aku masih mampu menyayangi nya
selagi nafas belum berhenti...
Langgan:
Catatan (Atom)
