Ahad, 20 September 2009

Mentari terbit bersama seribu barakah syawal yg menjelma, alhamdulilah sekali lagi berpeluang meraihkan lebaran bersama ibu tersayang walaupun jauh di sudut hati wajah arwah abah tak pernah pudar..bagai selalu bersama ibu mengunjungi pusara abah. bunga-bunga ditabur diiringi doa semoga arwah abah sejahtera di sana..ya tuhan rindu nya kat abah..

handphone tak hanti berbunyi menerima kiriman msg dari semua teman-teman juga sanak saudara. kerana terlalu sibuk tak sedar begitu byk msg dan miss call tertera kat hp. 11 pagi barulah ada kesempatan untuk membalas semua msg yg di terima. and selepas itu rumah ni meriah menerima kehadiran tetamu dan sanak saudara. walaupun letih tp rasa seronok sangat. bersama kak ngah kami berkunjung ke umah along. selepas tu ke umah kak eton and sapiah. hujan turun dengan lebatnya dalam perjalanan pulang kat umah. sampai umah je terus mandi.

erm nak tido lah, esok nak bangun awl lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan